MASA

Selasa, 11 Mei 2010

ڤروݢرام کم عباده سيري 1 (program kem ibadah siri 1)






Pada 30 april 2010,jumaat malam sabtu telah diadakan progam ibadah "Pengurusan Asas Jenazah"siri 1.Selepas solat maghrib kami yang terlibat(pemuda dan ahli kariah masjid) menjamah hidangan yang disediakan pihak masjid (mee jawa dan nasi lauk ayam masak pedas).

2.Ustaz Amin memberi penerangan tentang cara-cara apabila jenazah ingin dimandikan.

3.Dilihat pakcik Abdullah(pak lah) telah mengajar cara mengurus jenazah kepada peserta program ini,kebiasannya beliaulah yang menguruskan jenazah di kampung tali air 12 ini.

4.Diantara tujuan program ini ialah:-
a. Memberi pendedahan kepada pemuda tentang ilmu pengurusan jenazah agar mereka dapat memahami secara teori dan praktikal.
b. Memupuk rasa kehambaan diri kepada Allah melalui program kerohanian dan suntikan semangat motivasi untuk menjadi mukmin sejati.
c. Supaya setiap rumah kariah masjid Al-Mukmin ada salah seorang ahli keluarga tahu dan berani menguruskan jenazah kiranya ada dikalangan ahli keluarga beliau telah ke-rahmatullah.

5. Semoga program seperti ini ada sokongan dikalangan semua.Dan dengan keizinan ilahi kami akan menyambung siri yang terusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan